Thursday, 15 April 2021

updated 3:59 AM UTC, Apr 15, 2021

Ika pelumba kental, saingi kaum lelaki di litar permotoran

  • Published in Sukan

BUKIT JELUTONG, 8 Mac - Sukan permotoran, satu bidang yang masih agak asing bagi wanita.

Namun, ia tidak menghalang seorang gadis muda untuk merealisasikan impian untuk menceburi bidang lasak ini.

Didorong minat yang mendalam sejak kecil terhadap motosikal, Nur Atikah Azwar memulakan kerjayanya dengan membuat kandungan menarik mengenai motosikal di laman Youtube pada tahun 2019 sebelum bergelar pelumba motosikal pada tahun berikutnya.

Bersaing dalam kelas Pro Am, Nur Atikah atau lebih dikenali dengan nama Ika mengakui teruja melihat keberanian pelumba muda Cub Prix telah memberi keyakinan kepadanya untuk turut serta.

Sepanjang bergelar pelumba, Nur Atikah pernah berdepan pelbagai cabaran termasuk mengalami kecederaan patah tulang di tangan kiri.

Sempena Hari Wanita hari ini, Ika berharap dapat melihat lebih ramai wanita terlibat dalam industri sukan permotoran di Malaysia.