Thursday, 15 April 2021

updated 7:59 AM UTC, Apr 15, 2021

TSG semakin bernafsu, kuasai Grand Prix Gundogmus

  • Published in Sukan

GUNDOGMUS, 8 Mac - Terengganu Cycling Team (TSG) sekali lagi mempamerkan kemampuannya apabila mendominasi perlumbaan Grand Prix Gundogmus di Turki.

Dua pelumbanya, Carlos Yulian Quintero dan Metkel Eyob cemerlang menamatkan perlumbaan dengan keputusan 1-2.

Quintero mempamerkan kayuhan konsisten dan bertenaga mengharungi laluan sejauh 104.5 kilometer untuk muncul selaku pemenang.

Lebih manis kecemerlangan itu hadir kurang sebulan selepas kejayaannya menawan GP Velo Alanya 21 Februari lalu.

Tempat ketiga perlumbaan dimenangi Franklin Archibold daripada pasukan Panama es Cultura Y Valores.