Thursday, 15 April 2021

updated 3:59 AM UTC, Apr 15, 2021

Pearly Tan dan M Thinaah bagai di puncak dunia

  • Published in Sukan

SWITZERLAND, 8 Mac - Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah kini mendapat suntikan motivasi terbaik menjelang kejohanan badminton Seluruh England pada 17 hingga 21 Mac ini.

Ia susulan kejayaan mereka bergelar juara di Terbuka Switzerland semalam.

Pasangan tersebut muncul beregu wanita pertama negara meraih kejuaraan Jelajah Dunia sejak dua tahun lepas selepas senior mereka, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean melakukannya pada November 2018.

Pada pertemuan final semalam, mereka mengejutkan pilihan ketiga yang juga pasangan adik-beradik dari Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 21-19, 21-12.

Gelaran yang diraih di Switzerland tersebut juga adalah kejayaan sulung gandingan Pearly-Thinaah dalam kerier senior mereka.