Thursday, 15 April 2021

updated 7:59 AM UTC, Apr 15, 2021

KBS cadang kebenaran penyokong ke stadium

  • Published in Sukan

GEORGE TOWN, 7 Mac - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi bayangan kebenaran untuk penyokong bola sepak kembali memeriahkan kehangatan stadium.

Beliau turut berharap semua pihak terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Datuk Seri Reezal berkata demikian selepas membuat tinjauan pematuhan SOP ketika aksi pembukaan Liga Super menyaksikan Penang FC bertemu Kuala Lumpur City FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.