Wednesday, 21 April 2021

updated 4:01 AM UTC, Apr 21, 2021

Gelembung sukan cabaran luar biasa penganjuran Liga Hoki Malaysia (TNB MHL 2021)

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 6 Mac - Pembukaan semula Liga Hoki Malaysia (TNB MHL 2021) dengan pelaksanaan konsep gelembung sukan menjadi cabaran luar biasa buat Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Bertindak selaku sukan perintis dalam penganjuran liga berkonsep baharu, 500 individu terdiri daripada atlet, pegawai pasukan dan perubatan dan pegawai pasukan terlibat sepenuhnya apabila TNB MHL 2021 bermula pada 11 Mac ini.

Ujar Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan MHC, Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh, semua pasukan lelaki wajib melakukan ujian swab COVID-19 pada 8 Mac sebelum menyertai gelembung sukan pada 10 Mac.

Bagi pasukan wanita pula, mereka perlu membuat ujian swab COVID-19 pada 11 Mac ini.

Tegasnya, hanya atlet yang diuji negatif selepas menjalani kuarantin selama 10 hari sahaja dibenarkan menyertai kejohanan selepas dengan syarat menyertakan surat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Sebanyak lapan pasukan lelaki dan enam pasukan wanita akan terlibat dalam saingan liga musim 2021.

Kesemua mereka, akan ditempatkan di Hotel Pullman, Bangsar, Kuala Lumpur sebagai lokasi penginapan rasmi gelembung sukan TNB MHL 2021.

Konsep gelembung sukan dilakukan sebagai langkah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan memutuskan rangkaian COVID-19.