Wednesday, 21 April 2021

updated 7:07 AM UTC, Apr 21, 2021

Faiz Subri mahu bantu KKFC ke Liga Premier musim depan

  • Published in Sukan

KUALA KANGSAR, 6 Mac - Pemenang Anugerah Puskas 2016, Mohd Faiz Subri meletakkan sasaran untuk membawa kelab Kuala Kangsar FC (KKFC) mara ke Liga Premier pada musim akan datang.

Jelas Faiz, misi tersebut merupakan satu tekanan dan cabaran baharu buat dirinya apabila menyertai KKFC bagi saingan Liga M3 musim ini.

Menurut Faiz, misi tersebut bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai jika semua pemain dan pihak pengurusan bekerjasama dalam memberi aksi terbaik pada setiap perlawanan.

Justeru, dia akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan serta jurulatih bagi memastikan sasarannya itu dapat dicapai musim ini.

Faiz yang juga bekas pemain Pulau Pinang menyerahkan keputusan kepada jurulatihnya bagi pemilihan tugas selaku kapten pasukan itu nanti.

Dia berkata demikian ketika majlis menandatangani kontrak pemain KKFC di Kuala Kangsar, Perak.