Saturday, 6 March 2021

updated 2:05 PM UTC, Mar 6, 2021

SOP aktiviti sukan berpasukan hanya dalam bentuk latihan kemahiran kendiri

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 14 Februari - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sekali lagi menegaskan bahawa aktiviti sukan berpasukan seperti bola sepak, bola keranjang, hoki dan sepak takraw bagi orang ramai hanya dalam bentuk latihan kemahiran kendiri tanpa melibatkan sentuhan fizikal.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata kebenaran diberi kepada fasiliti sukan untuk beroperasi dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat demi kelangsungan hidup pihak yang terbabit dalam industri itu.

Menurut SOP yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KBS sebelum ini, aktiviti dibenarkan dalam bentuk latihan kemahiran kendiri bermaksud tiada aktiviti bersentuhan dan ia harus tidak melebihi 30% kapasiti asal.

Datuk Seri Reezal Merican turut menyatakan bahawa situasi ketika PKP pertama kali dilaksanakan tahun lepas dan PKP 2.0 sekarang tidak sama apabila kes harian COVID-19 meningkat daripada angka ratusan ke ribuan orang dan telah menular ke dalam komuniti.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan tinjauan di beberapa fasiliti sukan di Lembah Klang.