Saturday, 6 March 2021

updated 2:25 PM UTC, Mar 6, 2021

Liga Malaysia 2021: Tempoh pendaftaran pertama dilanjutkan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 13 Februari - Tempoh pendaftaran pertama Liga Malaysia 2021 dilanjutkan ke 19 Februari.

Perkara itu diumumkan Malaysian Football League (MFL) selepas permohonannya diluluskan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, FAM telah pun menerima surat kelulusan itu.

Sebelum ini MFL telah buat keputusan bahawa tempoh pendaftaran pertama Liga Malaysia akan bermula pada 21 Januari 2021 sehingga 12 Februari.

Namun dalam perjumpaan dengan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif kelab, keputusan baharu dicapai untuk cuba memanjangkan tempoh pendaftaran pertama ini disebabkan beberapa kesukaran ekoran pendemik COVID-19.

Tambah Datuk Ab Ghani, kebenaran yang diberikan oleh FIFA itu pastinya memberikan suntikan semangat buat kelab-kelab yang telah diberikan kebenaran oleh pihak kerajaan untuk memulakan latihan pada 15 Februari sebelum sepak mula pada 5 Mac depan.

Beliau turut menyarankan semua pasukan agar menggunakan peluang ini dengan baik untuk memastikan Liga-M dapat berjalan dengan baik.