Wednesday, 14 April 2021

updated 12:46 PM UTC, Apr 14, 2021

Aktiviti sukan tanpa sentuhan dibenarkan bermula esok

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 11 Februari - Aktiviti sukan bersifat individu dan tanpa sentuhan seperti joging, brisk walking, berbasikal, tenis, badminton, ping pong, permotoran, latihan kemahiran kendiri secara berseorangan, gimnasium dan golf dibenarkan bermula esok.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagaimanapun penggunaan fasiliti sukan dan rekreasi komersial perlu dilakukan menerusi tempahan serta penjadualan.

Kaedah hadir secara terus adalah tidak dibenarkan.

Aktiviti bola sepak, bola keranjang, hoki dan sepak takraw boleh dilakukan secara latihan kemahiran kendiri, tanpa sentuhan.

Prosedur operasi standard (SOP) terperinci bagi kesemua aktiviti itu boleh dirujuk dilaman sesawan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Selain pihak berkuasa, pematuhan SOP akan dipantau pasukan sukarelawan KBS iaitu Rakan Muda Sports Bubble Volunteers.