Jaguh Olimpik lontar peluru, cipta rekod dunia baharu
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Sukan
LOS ANGELES, 25 Januari - Jaguh Olimpik lontar peluru dari Amerika Syarikat, Ryan Crouser mencatat rekod baharu dunia dalam dewan iaitu lontaran sejauh 22.82 meter memadamkan rekod yang dilakukan rakan senegara, Randy Barnes tahun 1989.
Crouser, 32 tahun, berjaya mencatat rekod itu di kejohanan Siri Terbuka Liga Balapan Amerika di Fayetteville, Arizona.
Dia yang merupakan pemenang pingat emas olimpik Rio 2016, berjaya mencatat rekod dunia baharu pada balingan pertamanya.
Seterusnya, Crouser sekali lagi meluput rekod dunia di balingan ketiganya mencatat 22.70 meter.