Saturday, 6 March 2021

updated 1:06 PM UTC, Mar 6, 2021

FAM disaran sebagai badan pengelola kejohanan e-sukan FIFA21 di Malaysia

  • Published in Sukan

KOTA DAMANSARA, 20 Januari - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disaran menjadi badan pengelola atau pemantau kepada kejohanan sukan elektronik (e-sukan) FIFA21 di Malaysia.

Ia bagi memastikan komuniti permainan itu dapat menyertai liga dan kejohanan FIFA21 yang rasmi serta diiktiraf oleh FIFA dan EA Sports, sekali gus mengumpul mata untuk layak ke kejohanan peringkat antarabangsa.

Pemilik Gamesbond yang juga penganjur kejohanan tempatan, Fazli Razak berkata, mata itu penting bagi pemain tempatan untuk layak beraksi di pentas antarabangsa termasuk FIFA E-Club World Cup, FIFA E-World Cup dan FIFA E-Nations Cup.

Beliau berkata demikian secara ekslusif kepada RTM di Kota Damansara.

Menurutnya, kejohanan E-Malaysian Football League pada edisi akan datang bakal menawarkan kelayakan secara automatik bagi slot Asia ke kejohanan FIFA E-World Cup.

Pihaknya juga bakal berkolaborasi bersama FAM bagi membentuk sebuah pasukan e-sukan kebangsaan untuk beraksi di FIFA E-Nations Cup pada tahun ini.