Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Soong Joo Ven tepati ramalan juarai Kejohanan Badminton Purple League Pro Am 2020

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 4 Januari - Kejohanan Badminton Purple League Pro Am 2020.

Bekas pemain perseorangan lelaki kebangsaan, Soong Joo Ven menepati ramalan apabila muncul juara.

Joo Ven menewaskan Iskandar Zulkarnain pada aksi final semalam dalam pertarungan lima set 11-10, 10-11, 9-11, 11-5 dan 11-10.

Dalam pertarungan itu, Joo Ven yang juga merupakan pilihan utama membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Meskipun tewas dalam kategori perseorangan lelaki, Iskandar berjaya menebus kekecewaan dengan menjadi juara bagi kategori beregu lelaki bersama gandingannya, Nur Muhd Ariyn Ayup selepas menewaskan Shia Chun Kang-Wong Tien Ci dengan keputusan 10-11, 11-8, 11-10 dan 11-4.

Aksi beregu campuran pula menyaksikan pasangan bukan pilihan, Boon Xin Yuan-Teoh Lexuan muncul juara selepas mengejutkan beregu pilihan, Tan Kok Xian-Wong Kha Yan dalam lima set.

Juara bagi kategori beregu masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 manakala naib juara RM8,000.

Istimewanya kejohanan Purple League pada tahun ini adalah bagi memastikan pemain profesional negara mempunyai platfom untuk bertanding memandangkan pembatalan beberapa kejohanan antarabangsa akibat pandemik COVID-19.