Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

KBS bercadang tambah baik Inisiatif Prihatin Sukan

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 20 November - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang untuk menambah baik Inisiatif Prihatin Sukan yang dilaksanakan pada tahun ini.

Jelas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal cadangan itu akan dikemukakan bertujuan membantu meringankan beban kewangan persatuan sukan yang terjejas jika pandemik COVID-19 ini berlarutan sehingga ke tahun depan.

Jelas Wan Ahmad Fayhsal, KBS memahami situasi yang dihadapi oleh persatuan berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) apabila tidak dapat menganjurkan sebarang kejohanan ekoran pandemik COVID-19 sehingga menjejaskan perjalanan persatuan.

Beliau bercakap sedemikian selepas dialog secara dalam talian bersama persatuan belia di Putrajaya.

Inisiatif Prihatin Sukan 2020 memperuntukkan sebanyak RM10 juta dengan bantuan berkenaan dibahagikan kepada tiga jenis bantuan.