Saturday, 28 November 2020

updated 7:58 AM UTC, Nov 28, 2020

Khabib Nurmagomedov umum bersara, tunai janji kepada ibu

  • Published in Sukan

ABU DHABI, 25 Oktober - "Tunaikan janji kepada ibu".

Itu pendedahan Juara Lightweight MMA Dunia, Khabib Nurmagomedov selepas mengumumkan persaraannya secara mengejut.

Pengumuman dibuat setelah menewaskan lawannya, Justin Gaethje dalam aksi UFC.

Warga Rusia itu menang menerusi sistem kalah mati di pusingan kedua, pertempuran buat kali pertama sejak bapa yang juga jurulatihnya, Abdulmanap meninggal dunia pada Julai akibat komplikasi dialami kesan COVID-19.

Mengakui dirinya juara UFC yang tidak dapat disangkal, Khabib merekodkan 13 kemenangan tanpa kalah dalam UFC dan meraih 29 kemenangan tanpa kalah sepanjang kerjaya MMAnya.

Aksi bertemu Justin itu menjadi pertempuran terakhirnya.

Jelas Khabib, ibunya tidak mahu dia berlawan tanpa bapa disisi, mendorong dia mengotakan janjinya itu.

Seterunya, McGregor yang kalah pertempuran pada 2018, antara yang terawal yang memberi ucapan menenangkan buat Khabib.