Saturday, 28 November 2020

updated 7:58 AM UTC, Nov 28, 2020

Luqman Hakim lakar sejarah di bumi Belgium

  • Published in Sukan

KORTRIJK, 24 Oktober - Pemain kebangsaan bawah 19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin melakar sejarah apabila menjadi pemain pertama Malaysia beraksi dalam liga utama Eropah.

Beraksi dalam liga utama Jupiler, Luqman diturunkan pada minit ke-74.

Beraksi di Stadium Guldensporen, Kortrijk, Belgium, Luqman dimasukkan menggantikan pemain pertahanan, Petar Golubovic.

Luqman, 18 tahun nyata tidak menghampakan apabila berjaya mengubah rentak permainan sehingga berjaya membantu pasukannya mendapatkan penalti minit ke-87 yang disempurnakan, Ilombe Mboyo.

Walaupun keputusan tamat perlawanan, KV Kortrijk 1 - Anderlecht 3 namun persembahan Luqman tidak mengecewakan.

Semestinya peminat bolasepak tempatan percaya selepas ini, Luqman, 18 tahun akan terus mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan Kortrijk.

KV Kortrijk kini di tangga kesembilan dengan 14 mata selepas 10 perlawanan, lima mata di belakang pendahulu, Club Brugge.

Luqman sebelum ini menandatangani kontrak lima tahun bersama KV Kortrijk kelab dimiliki jutawan Tan Sri Vincent Tan.