Saturday, 24 October 2020

updated 8:47 AM UTC, Oct 24, 2020

Atlet kebangsaan dibenar berlatih di pusat latihan dengan SOP ketat

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 15 Oktober - Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, atlet kebangsaan hanya dibenar meneruskan latihan di pusat tatihan dengan SOP ketat.

Latihan di pusat komersial awam seperti tenpin boling adalah dilarang.

Semalam, Pengarah Bahagian Persediaan Atlet Majlis Sukan Negara, Jefri Ngadirin berkata beberapa sukan seperti ragbi dan boling padang menghentikan latihan sepanjang tempoh PKPB.

Manakala pasukan tenpin boling tidak dapat berlatih kerana venue latihan dilakukan di pusat komersial.