Atlet Bina Badan Kebangsaan Setia Menanti Keputusan Rayuan
- Written by BeritaRTM
- Published in Sukan
Kuala Lumpur - Walaupun masih lagi menunggu keputusan rayuan hukuman daripada Persatuan Bina Badan Malaysia(PBBM).
Sazali terus fokus menjalani latihan harian dan komited terhadap tugasan.
Walaupun masih belum mendapat maklumbalas daripada pihak persatuan , atlet berusia 48 tahun ini tetap meletakkan harapan tinggi agar rayuannya diterima.
Ini kerana semangatnya bertanding masih lagi tinggi.
Sazali sebelum ini dijatuhi hukuman pergantungan 4 tahun selepas gagal ujian doping yang dilakukan sebelum menyertai Kejohanan Bina Badan Asia ke 49.
Hukuman berkuatkuasa 22 September lalu.
Walaubagaimanapun Sazali diberikan tempoh selama 3 minggu bermula dari tarikh hukuman untuk mengemukakan rayuan.