Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Persatuan Sukan di Labuan terima peruntukan

  • Published in Sukan

LABUAN, 4 September - Sebanyak RM108,350 peruntukan bantuan disalurkan kepada persatuan-persatuan sukan di Labuan untuk pembangunan dan latihan serta mencungkil bakat baru.

Ia juga sebagai suntikan semangat kepada atlet untuk persediaan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) tahun depan dan kejohanan lain.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata, peruntukkan itu juga bagi membolehkan Labuan melahirkan atlet sukan hebat menerusi penganjuran pertandingan sukan di wilayah ini.

Katanya, ini melihat kepada potensi Labuan dalam meningkatkan aspek sukan terutama melibatkan sukan air.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Santai Bersama Penggiat Sukan di Labuan.

Menurutnya lagi, Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Majlis Sukan Labuan, akan terus fokus meningkatkan mutu sukan Labuan, terutama di peringkat akar umbi agar sentiasa aktif dan tidak ketandusan bakat.

Pada majlis ini, turut diadakan penyerahan watikah pelantikan Ahli Majlis Sukan Labuan, surat pelantikan Jurulatih Program Bakat Sukan Wilayah (BSW) serta Bantuan dan Kit Latihan Atlet SUKMA dan BSW.