Thursday, 24 September 2020

updated 1:11 PM UTC, Sep 24, 2020

Safawi terima tawaran ke Portugal

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos - Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid hampir pasti meninggalkan kelab Johor Darul Ta'zim (JDT).

Skuad Harimau Selatan telah menerima tawaran daripada kelab Liga Portugal, Portimonense SC untuk mendapatkan penyerang tersebut.

Perkara itu disahkan Pengarah Sukan JDT, Martin Prest di laman Facebook Johor Southern Tigers.

Menurut Prest, kelab itu sedia melepaskannya kerana percaya tawaran berkenaan baik buat untuk JDT dan Safawi.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu untuk mengembangkan kariernya di luar negara.

Rundingan akhir mengenai perpindahan itu kini sedang dijalankan.