Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

FAM nafi tidak bertegas terhadap pasukan terlibat dalam isu tunggakan gaji pemain

  • Published in Sukan

JOHOR BAHRU - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan tidak bertegas dalam mengambil tindakan ke atas pasukan yang masih gagal menyelesaikan isu tunggakan gaji terhadap pemain dalam tempoh ditetapkan.

Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan, tindakan memotong mata akan dilakukan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan FAM dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

FAM ujarnya, akan tetap berlaku adil kepada semua pihak termasuk pemain dan kelab dalam mengambil setiap tindakan.

Selain pemotongan mata, tindakan menyingkirkan pasukan daripada saingan adalah perkara terakhir yang akan diambil sekiranya isu tunggakan gaji masih berlarutan.

Terdapat 3 pasukan yang dilaporkan masih berdepan isu berkenaan.