Saturday, 15 August 2020

updated 11:57 AM UTC, Aug 15, 2020

KBS mahu kemuka permohonan kelulusan kehadiran penonton di acara sukan dalam skala kecil

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 19 Julai - Kementerian Belia dan Sukan akan mengusulkan permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mendapat kelulusan kehadiran penonton ke Stadium dalam skala kecil.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memaklumkan, pihaknya tidak terburu-buru untuk mendapatkan kelulusan itu.

Yang pasti prosedur operasi standard pengendalian permohonan perlu diperhalusi.

Pada masa sama, beliau tidak mahu berlaku kenaikan penularan wabak disebabkan sektor sukan sehingga wujudnya kluster baharu.

Beliau ditemui selepas sesi dialog bersama persatuan sukan kebangsaan di Wisma OCM.

Sektor sukan dan rekreasi merupakan satu-satunya sektor yang diletakkan dalam beberapa peringkat pengendalian.

Ketika ini, sektor berada pada tahap empat iaitu kebenaran penganjuran acara.