Logo

KBS pantau rapi perkembangan di Uzbekistan

KELANA JAYA, 17 Julai - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memantau secara rapi keadaan di Uzbekistan menjelang Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 19 tahun (B-19) 2020 Oktober ini di negara itu.

Timbalan Menterinya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengesahkan perkara itu ketika mengadakan lawatan terhadap sesi latihan skuad B-19 negara di Wisma FAM.

Kerajaan Uzbekistan telah melanjutkan tempoh perintah berkurung di negara mereka susulan peningkatan kes wabak pandemik COVID-19 sehingga 1 Ogos ini.

Selain itu, Wan Fayhsal turut yakin penglibatan adiknya, Wan Kuzri sebagai pemain yang berpangkalan di luar negara akan memberi satu impak positif kepada skuad kendalian Brad Maloney.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.