Saturday, 15 August 2020

updated 11:57 AM UTC, Aug 15, 2020

KBS fokus perkasakan latihan atlet pelbagai kejohanan

  • Published in Sukan

PARLIMEN, 15 Julai - Perkukuh program latihan atlet yang terjejas akibat krisis pandemik COVID-19.

Kementerian Belia dan Sukan bersama pemegang taruh yang lain akan mengadakan bengkel perancangan dan pemerkasaan Program Podium pada 21 dan 22 Julai ini.

Jelas Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, turut diberi tumpuan adalah penyusunan semula Program Road To Tokyo, RTT.

Tambah beliau, program pembangunan atlet-atlet pelapis negara turut mula dilaksanakan, bagi memastikan kesinambungan latihan mereka menghadapi kejohanan yang akan datang.

Kementeriannya juga akan memastikan keberkesanan semua program bagi memastikan kecemerlangan sukan negara berterusan dalam waktu yang sukar ini.

Datuk Seri Reezal menjawab pertanyaan ahli parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun.