Wednesday, 12 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

LTdL 2020: Penganjuran lunas bayaran kemenangan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 12 Julai - Penganjur jelajah berbasikal Petronas Le Tour de Langkawi 2020, Human Voyage mengesahkan pembayaran wang kemenangan kepada pemenang telah dilunaskan.

Perkara terbabit berjaya diselesaikan awal bulan ini.

Ketua Pegawai Operasi LTdL, Shahaizereen A Hamid dalam kenyataan memaklumkan wang kemenangan itu membabitkan lebih RM800,000.

Ia telah dibayar kepada pasukan dan pelumba yang terlibat pada edisi tahun ini.

Proses pembayaran dibuat melalui Cycling Prize Management System Kesatuan Berbasikal Dunia.

Perkara itu juga telah dimaklumkan kepada Kementerian Belia dan Sukan serta badan induk berbasikal, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia.

Pembayaran akhir sepatutnya dilakukan menerusi sistem UCI tersebut dalam tempoh 90 hari selepas tamat perlumbaan.

Ia bagaimanapun tertunda susulan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.