Saturday, 15 August 2020

updated 11:57 AM UTC, Aug 15, 2020

Pertandingan sukan tanpa sentuhan fizikal dan tanpa penonton dibenarkan

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 10 Julai - Saingan Liga Malaysia dibenarkan bersambung semula 15 Ogos ini.

Bagaimanapun jelas Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, penganjuran kejohanan pertandingan tidak membabitkan penonton dan dilangsungkan di peringkat dalam negara sahaja.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai perkembangan pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya.

Jelasnya lagi kerajaan turut membenarkan penganjuran kejohanan dan pertandingan tempatan tanpa penonton melibatkan sukan tanpa sentuhan fizikal seperti sukan permotoran dan sukan individu mulai 15 Julai ini.

Begitu juga aktiviti sukan dan rekreasi yang bersentuhan fizikal juga akan bermula 15 Julai iaitu sukan berpasukan seperti bola sepak, ragbi, renang, sepak takraw dan sukan tempur.

Pengusaha-pengusaha padang komersil, operator gelanggang futsal, fasiliti sukan dan akademi juga dibenarkan beroperasi semula pada tarikh sama.