Saturday, 15 August 2020

updated 11:57 AM UTC, Aug 15, 2020

KBS sedia beri bantuan khas kepada Khalid Jamlus

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 8 Julai - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju memberikan bantuan khusus kepada bekas penyerang utama pasukan Perak dan Kebangsaan, Khalid Jamlus.

Ia bagi meringankan beban kewangan bekas pemain berusia 43 tahun itu.

Khalid Jamlus sebelum ini dikhabarkan, terpaksa menjual koleksi peribadi termasuk anugerah kasut emas dimenanginya untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Timbalan Menterinya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bagaimanapun tidak mendedahkan butiran bantuan yang akan diterima Khalid.

Wan Ahmad Fayhsal ditemui selepas sesi pertemuan bersama bekas pemain kebangsaan itu di Menara KBS, di Putrajaya.

Khalid yang memiliki lesen kejurulatihan kelas B, mengharapkan dilibatkan dalam bidang itu.

Kali terakhir beliau terlibat dalam barisan kejurulatihan adalah sebagai penolong jurulatih PDRM FA tiga tahun lalu.