Wednesday, 12 August 2020

updated 2:26 PM UTC, Aug 11, 2020

UiTM FC tiada hasrat guna khidmat pemain lain

  • Published in Sukan

SHAH ALAM, 1 Julai - UiTM FC, tidak berhasrat menggunakan khidmat pemain dari pasukan liga M3 dan M4 untuk menguatkan pasukan utama mengharungi baki liga tahun ini.

Ini kerana jurulatih 'The Lions' Frank Bernhardt yakin dengan kemampuan anak buahnya yang mampu memberi tentangan di setiap perlawanan biarpun mereka berstatus pelajar.

Jurulatih UiTM FC , Frank Bernhardt mengakui kesemua 27 pemain yang ada sudah faham dengan corak latihan dan perlawanan di bawah kendaliannya.

Sekiranya mereka mengambil pemain baru, beliau bimbang akan mengganggu corak latihan pemain sedia ada yang sudah tiga minggu menjalani talihan.

Tambah beliau, tahap kecergasan anak buahnya kini semakin baik, dan kesefahaman dengan pemain import juga semakin serasi.

Namun beliau tidak menolak mereka masih memerlukan modul latihan yang lebih kompotetif, sebagai persedian rapi sebelum liga kembali September ini.

Beliau berkata demikian kepada RTM selepas sesi latihan di padang sintetik UiTM Shah Alam.