Thursday, 13 August 2020

updated 2:52 PM UTC, Aug 12, 2020

Projek sakit sekolah sukan Perlis diteruskan

  • Published in Sukan

PADANG BESAR, 25 Jun - Projek sakit sekolah sukan Perlis bernilai RM140 juta yang terbengkalai sejak 8 tahun lalu akan diteruskan.

Prosedur pemilihan kontraktor juga akan diberi keutamaan kepada kontraktor yang layak.

Sekolah sukan berkenaan dijadualkan siap 56 peratus mengikut jadual namun terbengkalai di peringkat awal pembinaan.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Muslimin Yahaya berkata, proses tender semula akan dilakukan secepat mungkin.

Beliau menjelaskannya pada sidang media di sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di Kangar, sempena lawatan kerjanya ke Perlis.

Terdahulu, beliau melawat 4 buah sekolah di Perlis bagi meninjau Persediaan Pembukaan Semula Sekolah serta pematuhan keselamatan yang telah digariskan.