Thursday, 6 August 2020

updated 2:38 PM UTC, Aug 6, 2020

Hadi Fayyadh Abdul Razak dilantik Duta Pelancongan Kesihatan Bandar Okayama

  • Published in Sukan

OKAYAMA, 24 Jun - Pemain Malaysia yang beraksi di Liga Profesional Jepun 2 Fagiano Okayama, Hadi Fayyadh Abdul Razak mencatatkan sejarah tersendiri di negara matahari terbit apabila dilantik sebagai Duta Pelancongan Kesihatan bandar Okayama berkonsepkan bandar mesra pengunjung Muslim.

Lantikan diumumkan Datuk Bandar Okayama, melalui kenyataan media yang dikeluarkan kelabnya, semalam.

Hadi Fayyadh sudah dua tahun berada di Jepun sejak mengikat kontrak bersama Fagiano Okayama pada Disember 2018.

Perlantikkan ini juga merupakan satu program kerjasama antara Bandar Okayama, Bandar Maniwa, Bandar Kibi-Chuo serta kelab Fagiano Okayama bertujuan untuk memperkekenalkan tempat-tempat menarik di sekitar Okayama yang mesra kepada pengunjung Muslim dari Malaysia.