Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Pingat emas gimrama ditarik balik, kontinjen Malaysia tuntut penjelasan

  • Published in Sukan

FILIPINA - Kontinjen negara menerima tamparan selepas pingat emas dimenangi secara bersama oleh atlet gimrama, Izzah Amzan dalam acara riben, Sabtu lalu ditarik balik.

Sebaliknya, Izzah sekadar diberikan perak berdasarkan kedudukan pingat terbaru disiarkan di laman web rasmi Sukan SEA 2019 Filipina.

Sabtu lalu, Izzah diumum sebagai pemenang emas bersama dengan rakan senegara, Koi Sie Yan selepas kedua-dua atlet berkenaan mengumpul mata sama.

ekoran itu, Ketua kontinjen negara, Datuk Megat Zulkarnain Omardin menghantar surat protes dan mendesak penjelasan lanjut daripada penganjur berhubung keputusan itu.