Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Tidak berjaya sumbang emas, MFF tetap bangga dengan pencapaian atlet lawan pedang di sukan Sea Filipina

  • Published in Sukan


MANILA, FILIPINA - Biarpun tidak membawa pulang emas, Persekutuan Lawan Pedang Malaysia (MFF) tetap berbangga dengan pencapaian diraih atlet mereka di sukan Sea Filipina. Ini kerana, pasukan terbabit telah melepas sasaran dengan berjaya memperoleh dua perak dan satu gangsa.

Menurut Presiden MFF, Rusni Abu Hassan, atlet lawan pedang hanya diletakkan sasaran dua pingat gangsa. Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia di Manila.

Lawan pedang menutup tirainya semalam. Tiada sebarang pingat berjaya disumbangkan atlet negara pada hari terakhir acara tersebut.

Bagi atlet lawan pedang negara, Joshua Koh I-Jie, beliau tetap berpuas hati dengan pingat perak yang dimenangi pada edisi sukan sea kali ini.

Ini kerana ia merupakan peningkatan buat dirinya berbanding temasya sama dua tahun lalu di Kuala Lumpur yang menyaksikannya sekadar merangkul gangsa.

Emas dimenangi atlet Vietnam, Nguyen Tien Nhat manakala gangsa milik seorang lagi atlet Vietnam, Nguyen Phuoc Den dan Jose Noelito Jr. dari Filipina.