Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

Pengasuh persendirian perlu berdaftar

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 4 Jun - Pengasuh yang menjaga anak-anak di rumah secara persendirian perlu mendaftar segera bagi memudahkan pemantauan SOP seperti digariskan untuk Taman Asuhan Kanak-kanak atau TASKA berdaftar.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengasuh yang tidak berdaftar, tidak mempunyai latihan sekali gus meningkatkan risiko jika berdepan perkara tidak diingini.

Beliau juga menggesa pengasuh supaya memuat turun SOP digariskan menerusi laman sesawang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk melihat secara terperinci garis panduan yang ditetapkan.