Saturday, January 18, 2020
updated 10:03 AM UTC, Jan 18, 2020

Atlet Muay Thai Mohammad Rifdean Masdor hadiahkan emas pada aksi final

  • Published in Sukan

SUBIC, FILIPINA - Atlet Muay Thai negara, Mohammad Rifdean Masdor, meraih pingat emas menerusi kemenangan 'knock out' pada aksi final kategori 45 kilogram di Pusat Konvensyen Subic.

Atlet kelahiran Sarawak itu mempamerkan aksi menarik apabila menewaskan peserta Laos, Soulixay Singsavath menerusi keputusan knock out dalam pusingan kedua selepas mendahului 10-9 dalam pusingan pertama.

Dengan kejayaan juara remaja dunia itu, Skuad Muay Thai negara berjaya memenuhi sasaran satu emas yang ditetapkan sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, skuad itu turut membawa pulang satu pingat perak menerusi Zulhilmi Rosli yang tewas 27-30 kepada wakil Thailand, Chittra Naruephon dalam acara final 48 kilogram.