Monday, 3 August 2020

updated 2:25 PM UTC, Aug 3, 2020

Taman Langat Murni dikenakan PKPD secara Pentadbiran

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 3 Jun -
Penduduk di Taman Langat Murni, Kuala Langat, Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) secara Pentadbiran.

Dengan pelaksanaannya, penduduk di kawasan tersebut dibenarkan keluar dan masuk.

Kenyataan itu diulas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media di Putrajaya.

"Untuk kawasan yang dikenakan PKPD, kawasan tersebut dipagar dengan kawat berduri, sebarang pergerakan keluar masuk adalah tidak dibenarkan."

"Bagi kawasan PKPD Pentadbiran, kawasan ini juga dipagar dengan kawat berduri tetapi ada pergerakan keluar masuk oleh penduduk." 

Tambahnya, walaupun dibenarkan keluar dan masuk, 100 peratus penduduk di kawasan tersebut diwajibkan menjalani saringan kesihatan.

Taman Langat Murni antara lokasi terbaharu yang dipasang kawat berduri selepas 24 warga asing yang bekerja dengan syarikat pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan tinggal di taman itu disahkan positif COVID-19.