Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Malaysia dominasi 4 pingat emas dalam acara terjun yang dipertandingkan

  • Published in Sukan


CLARK, FILIPINA - Malaysia terus mendominasi acara terjun. Acara terakhir melibatkan pasangan negara dalam acara 3 meter papan anjal seirama wanita, Wendy Ng Yan Yee dan Nur Dhabitah Sabri.

Aksi terjun di Pusat Akuatik, Bandar Baharu Clark menyaksikan kesemua pingat emas yang dipertandingkan menjadi milik atlet Malaysia.

Wendy dan Dhabitah mengutip emas terakhir yang ditawarkan dalam acara terjun. Mereka mengutip mata keseluruhan 270.60 untuk menungguli kedudukan teratas.

Pingat perak diperoleh pasangan penerjun Singapura dan gangsa oleh Thailand.