Sunday, January 19, 2020
updated 2:44 AM UTC, Jan 19, 2020

Acara Kumite hadiah pingat emas, S.Prem Kumar tewaskan peserta tuan rumah

  • Published in Sukan

MANILA, FILIPINA - Bagi sukan karate pula, S.Prem Kumar yang mengetuai skuad karate berjaya menghadiahkan pingat emas menerusi acara Kumite kategori 55 kilogram dengan keputusan 6-1.

Berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Metro Manila, Prem berhadapan wakil tuan rumah, Montalvo Norman.

Prem mempamerkan pukulan dan pertahanan yang kemas apabila berjaya mendahului 3-1.

Norman yang terdesak untuk mengutip mata terus mengasak Prem, namun Prem bijak untuk menepis sambil terus mencuri 3 lagi mata untuk menjadikan kedudukan 6-1. Sekali gus memperbaiki rekodnya dua tahun lalu di Kuala Lumpur apabila hanya meraih gangsa dalam kategori ini.