Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

PKPB: SOP latihan,perlawanan bola sepak hanya dikeluarkan MKN

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 31 Mei - Persatuan bola sepak negeri diminta tidak mengeluarkan garis panduan sendiri, berkaitan sesi latihan dan aksi bola sepak.

Tegas Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, SOP aktiviti sukan, termasuk bola sepak, perlu dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara.

Sehingga kini, keputusan tidak membenarkan sesi latihan dan penganjuran perlawanan bola sepak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kekal.