Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

Skuad ragbi sasar pingat Sukan Asia 2026

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 29 Mei - Program Pembangunan Ragbi Kebangsaan (NRDP) menyasarkan sekurang-kurangnya 80 peratus pemainnya mengisi skuad kebangsaan untuk temasya Sukan Asia Nagoya 2026.

Jelas Pengarahnya, Jamaluddin Salim, Sukan Asia 2026, sasaran baharu yang diberikan Majlis Sukan Negara dengan matlamat membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat.

Sukan Asia 2026 dianggap penting buat skuad ragbi, selepas khabar angin mengatakan sukan itu mungkin tidak dipertandingkan di Sukan SEA Vietnam 2021.

Untuk itu, NRDP menyelaras Program Elit bawah 14 tahun yang akan menjadi teras kepada Skuad Ragbi Sukan Asia 2026.

Pada masa akan datang, skuad kebangsaan dibentuk berdasarkan kombinasi pemain senior dan pemain NRDP bagi memberikan pemain muda lebih banyak peluang.

Pencapaian terbaik skuad negara di temasya Sukan Asia adalah meraih tempat kelima pada tahun 2018 di Jakarta.