Sunday, 29 November 2020

updated 2:27 PM UTC, Nov 29, 2020

Daniel Ricciardo sertai McLaren gantikan Carlos Sainz bermula musim depan

  • Published in Sukan

AUSTRALIA, 15 Mei - Pemandu Formula One dari Australia, Daniel Ricciardo bakal bersama pasukan McLaren musim depan.

Ini selepas dia menandatangani kontrak panjang bagi menggantikan Carlos Sainz.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pasukan berpangkalan di Britain itu, Ricciardo, 30 tahun, akan meninggalkan Renault hujung tahun ini dan bakal bergandingan bersama pemandu tempatan, Lando Norris, 20 tahun.

Ricciardo memulakan kariernya dalam F-One sebagai pemandu ujian pasukan Torro Rosso.

Dia kemudian membuat penampilan pertama bersama pasukan Hispania Team ketika Grand Prix Britain pada 2011.

McLaren sebelum ini pernah memburu khidmat Ricciardo dan pengesahan penyertaan pelumba sensasi itu dianggap satu durian runtuh untuk McLaren bagi memperbaiki persembahan mereka di atas litar nanti.