Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

MOM yakin Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina dapat selesaikan masalah berkaitan beberapa venue pertandingan

  • Published in Sukan

BANGI - Menjelang Sukan SEA Filipina minggu depan.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yakin, Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina dapat menyelesaikan masalah berkaitan beberapa venue pertandingan yang belum lagi sempurna.

Menurut Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, pihaknya sudah pun berbincang mengenaninya dengan jawatankuasa tersebut, selain memaklumkan isu-isu persediaan lain.

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang di Bangi, Selangor.

Kontinjen Malaysia kali ini diwakili 773 atlet dan 339 pegawai, yang akan mengambil bahagian dalam 52 daripada 56 acara yang dipertanding.