Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

Presiden La Liga harap saingan akan kembali segera

  • Published in Sukan

SEPANYOL, 12 Mei - Presiden liga bola sepak Sepanyol, La Liga, Javier Tebas, berharap saingan akan dapat kembali semula pada 12 Jun meskipun terikat dengan polisi kesihatan kerajaan.

Tebas menyatakan harapannya itu beberapa jam selepas lima pemain dari dua liga teratas Sepanyol disahkan positif menghidap COVID-19.

Tebas juga mengesahkan 3 kakitangan bukan pemain turut dijangkiti.

Beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan kepada pihak berkuasa kesihatan memandangkan hanya pihak berautoriti berhak menentukan.

Tebas masih menganggap Sepanyol berada dalam keadaan sesuai untuk meneruskan saingan liga meskipun pengumuman pada Ahad menunjukkan kes positif COVID-19 masih tinggi.

Katanya daripada 2,500 pemain hanya 8 dijangkiti.

Jangkitan menurutnya mustahil untuk berlaku ketika aksi berlangsung kerana pihaknya telah membuat kajian yang menunjukkan hanya risiko kecil bakal terjadi jika semua yang terlibat mematuhi protokol perubatan yang ditetapkan.

5 pemain yang tidak didedahkan nama mereka kini dikuarantin di rumah dan akan menjalani saringan sekali lagi.