Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Sidang DUN Perlis pada 20-21 Mei ini

  • Published in Berita Semasa


PADANG BESAR, 11 Mei - 
Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis akan mengadakan persidangan selama dua hari pada 20 dan 21 Mei ini.

Tempoh 6 bulan persidangan DUN akan tamat pada 12 Jun ini selepas kali terakhir diadakan pada 12 Disember lalu.

Jelas Yang Di Pertua Dewan, Datuk Hamdan Bahari, sidang dihadkan kepada satu jam untuk setiap sesi iaitu pembentangan enakmen dan sesi soal jawab lisan.

Sidang tersebut akan mematuhi  Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan bagi memastikan risiko jangkitan COVID-19 tidak berlaku.

Datuk Hamdan menyatakan demikian selepas penyampaian bantuan kepada peneroka di Felda Rimba Mas dan Felda Mata Air, Padang Besar.