Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

COVID-19: Ibu bapa diminta tidak bawa anak ke pusat beli-belah

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 11 Mei - Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan orang ramai agar tidak membawa anak kecil ke pusat beli-belah untuk mengelakkan mereka daripada terdedah kepada bahaya dijangkiti COVID-19.

Tegas beliau, kelonggaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bukan alasan membawa anak kecil ke pusat tumpuan ramai.

Beliau berkata walaupun tiada sekatan sedemikian di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa, namun adalah menjadi tanggungjawab keluarga untuk tidak mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya itu.