Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

PKPB: Lebih 54,000 pemeriksaan pemantauan SOP di seluruh negara dijalankan PDRM

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 11 Mei - PDRM telah membuat 54,739 pemeriksaan bagi memantau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara sehingga semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia melibatkan 4,792 pasaraya, 3,684 restoran dan 8,308 kilang serta 2,423 institusi perbankan.

Selain itu pasukan Task Force Operasi Pematuhan turut membuat pemeriksaan ke atas kenderaan persendirian yang melibatkan 20,928 buah dan 1,624 buah kenderaan awam .

Turut diperiksa 1,788 pasar awam, 2,832 tempat ibadah, 1,168 tempat riadah dan 335 tapak binaan.

Pemeriksaan dijalankan dengan kerjasama 3,176 pasukan pematuhan melibatkan seramai 17,507 anggota terdiri dari JPJ dan KPDNHEP.