Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

COVID-19: Indonesia catat angka kes melebihi 13 ribu

  • Published in Berita Dunia

JAKARTA, 10 Mei - Jumlah kematian akibat COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 959 kes.

Jurucakap kementerian kesihatan, Achmad Yurianto berkata, 533 kes baharu menjadikan jumlahnya melebihi 13,000 kes.

Sehingga kini, Jakarta dan Jawa Barat merekodkan jumlah kes tertinggi di Indonesia.

Berdasarkan data worldometers, angka kematian direkodkan Indonesia jauh lebih ramai berbanding Filipina (704 kes), Malaysia (108), Thailand (56), Singapura (20), Myanmar (6) dan Brunei (1 kes ).