Monday, December 16, 2019
updated 4:24 AM UTC, Dec 16, 2019

Komitmen dan kesungguhan pemain Malaysia dipuji

  • Published in Sukan

BUKIT JALIL - Komitmen dan kesungguhan pemain Malaysia yang ditunjukkan semasa menentang Indonesia bagi meraih tiga mata pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia dipuji.

Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe akui, skuad Garuda tampil dengan permainan berbeza dengan barisan pemain yang mantap namun berjaya dikekang oleh skuad kendaliannya sehingga memperoleh kemenangan.

Bagi pengendali sementara Indonesia Yeyen Tumena, beliau tetap memuji persembahan anak-anak buahnya yang telah mencipta banyak peluang meskipun gagal diterjemah untuk mencetak gol.

Kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia akan berehat sebelum bersambung semula pada Mac tahun hadapan.

Malaysia dijadualkan bertemu Thailand dan Emiriah Arab Bersatu UAE, di gelanggang lawan serta satu perlawanan di Kuala Lumpur berhadapan Vietnam.