Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Sektor ekonomi di Sarawak dibenar beroperasi Selasa depan

  • Published in Nasional

KUCHING, 9 Mei - Sektor ekonomi di Sarawak dibenarkan beroperasi mulai Selasa depan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) meneliti laporan yang telah dibentangkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Beliau yang juga pengerusi JPBN menjelaskan keputusan berkenaan dimuktamadkan selepas mengambil kira enam kriteria.

Antaranya penyebaran penyakit adalah terkawal, kapasiti kesihatan sedia ada, risiko wabak diminimumkan dalam keadaan khas dan langkah pencegahan telah dilaksanakan.

Jelas beliau, mana-mana pihak yang berhasrat untuk membuka semula aktiviti-aktiviti ekonomi hendaklah memaklumkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian masing-masing.

Untuk itu, garis panduan pengoperasian sektor ekonomi yang ketat telah disediakan bagi memastikan langkah-langkah pematuhan dan pencegahan dipatuhi.

Sementara itu, pihak penguatkuasaan seperti PBT, PDRM dan RELA akan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan terhadap garis panduan.