Monday, December 16, 2019
updated 5:05 AM UTC, Dec 16, 2019

Mat Yo sedia pikul tanggungjawab selaku penyerang

  • Published in Sukan

BUKIT JALIL - Penyerang veteren Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo sedia galas tanggungjawab selaku penyerang dan semua pasukan perlu terus waspada dengan cabaran Sang Garuda, malam esok.

Mat Yo mengakui moral rakan-rakan seperjuangan berada pada tahap tertinggi selepas menang ke atas Thailand tempoh hari selain sokongan padu yang membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Mat Yo juga menyatakan kesediaannya mengalas tugas pada posisi penyerang jika diturunkan esok, menggantikan Syafiq Ahmad yang mengumpul 2 kad kuning tempoh hari.

Tegas penyerang dari Pahang itu aspek kecergasan beliau juga perlu diambil perhatian memandangkan belum berada pada tahap terbaik

Pada perlawanan persahabatan dengan Sri Lanka dan Tajikistan, Mat Yo hanya beraksi untuk tempoh 10 minit sahaja.

Berdasarkan lima rekod pertemuan Malaysia dengan Indonesia, prestasi lebih memihak kepada Malaysia dengan tiga kemenangan dan tewas dua kali.

Kali terakhir skuad Tan Cheng Hoe mengatasi Indonesia September lalu pada Aksi kedua kumpulan G di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta dengan keputusan 3-2.