Monday, July 13, 2020

updated 12:40 PM UTC, Jul 13, 2020

Tiada caj tambahan atas bayaran ansuran pinjaman sewa beli sepanjang tempoh moratorium

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 6 Mei - Tiada caj tambahan dikenakan ke atas bayaran ansuran pinjaman sewa beli sama ada konvensional atau syariah, dalam tempoh moratorium.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata; persetujuan dicapai antara kementerian dengan industri perbankan berhubung perkara itu.

Menerusi satu kenyataan beliau berkata; persetujuan yang dicapai; menetapkan jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli sepanjang tempoh moratorium.

Ini bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh berkenaan.

Sehubungan itu, peminjam akan perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing, termasuk tambahan enam bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium itu.

Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini.