Monday, June 1, 2020

updated 2:10 PM UTC, Jun 1, 2020

Yoodo Gank muncul juara PMPL SEA FINAL 2020 tewaskan pasukan Indonesia

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 4 Mei - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah kepada pasukan negara, Yoodo Gank atas kejayaan di Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (PMPL SEA FINAL) 2020.

Yoodo Gank berjaya mengungguli kejohanan berkenaan dengan 284 meninggalkan wakil Indonesia, Bigetron Red Aliens dengan 97 mata sekaligus meraih gelaran juara Asia Tenggara.

Menerusi kenyataan twitternya, Datuk Seri Reezal berkata, kejayaan Yoodo Gank ini merupakan satu langkah positif untuk meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Menerusi kemenangan ini Yoodo Gank berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM128,000 serta slot automatik ke Liga Dunia PUBG Mobile.

Yoodo Gank dibarisi empat pemain iaitu Aiman Mohammad, Abdul Azim Ikromi Abdul Rashid, Muhammad Izzrudin Hashim dan Ahmad Fuad Razali.